MUFIN PISANG

 Pisang adalah buah yang terkenal di mana-mana negara termasuk Malaysia. Pisang dapat
dinikmati dengan pelbagai cara: dimakan secara langsung, digoreng, dikukus,
atau diproses dengan bahan lain. Tetapi pisang tidak hanya enak, mereka
mempunyai banyak khasiat, antarnya ialah

  1. Membantu Atasi Hipertensi
  2. Sumber Karbohidrat dan Vitamin A
  3. Pisang Perlancar Metabolisme
  4. Meningkatkan Kekebalan Tubuh
  5. Melancarkan Aliran Oksigen ke Otak
  6. dan lain-lain










Bahan-bahannya:

  • 250 gm gula kastor
  • 200 gm tepung
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 1/2 sudu kecil serbuk soda diayak
  • 120 gm mentega
  •  100 gm madu
  • 100 gm kacang walnut
  • 4 biji telur
  • 3 biji pisang ranum dilenyek
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Membatnya:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang
  3. masukkan tepung bersama dengan serbuk penaik,serbuk soda,madu,garam dan kacang walnut.kacau
  4. masukkan pisang dan adun sebati
  5. masukkan ke dalam acuan mufin dan bakar dalam ketuhar 180 c 30 min

0 comments:

Post a Comment