Semua orang didunia pasti pernah makan ikan bilis kan?adakah
anda tahu bahawa seekor ikan bilis mempunyai
banyak manfaat untuk tubuh kita, iaitu mengandungi
pelbagai vitamin, mineral, kalsium dan asid lemak.
Pertamanya meningkatkan
kesihatan tulang, membantu menurunkan berat badan, mencegah keracunan dan
banyak lagi. Banyak cara untuk memasak ikan bilis tetapi hari ni penulis ingin berkongsi cara membuat sambal belacan ikan bilis, selamat mencuba
- 15 biji cili padi
- 20 gm ikan bilis
- sedikit belacan (dibakar)
- sedikit garam,gula,ajinomoto
- Ikan bilis dibuang tulang
- cili padi dibuang tangkai
- tumbuk cili 1/2 lumat
- masukkan belacan dan tumbuk rata
- masukkan ikan bilis ,garam,gula,ajinomoto dan tumbuk hingga lumat
serius memang sedap
ReplyDelete