SUP AYAM BUJANG

    Sup ayam adalah recipe makanan yang popular untuk orang malaysia terutamanya untuk orang yang sedang demam . Seperti kata-kata Ahli diet Sandy Allonen di Beth Israel
Deaconess Medical Center di Boston yang telah menjelaskan, sup ayam boleh melegakan
gejala sejuk. "Penyelidikan menunjukkan bahawa semangkuk sup ayam dapat
membantu menghilangkan kesesakan hidung dan juga mengurangkan gejala sejuk.  semua ini berpunya ramuannya," kata
Allonen., dipetik dari MNN, Khamis (27/12).



Gambar sekadar hiasan sahaja

Bahan-bahan:

  • Ayam 3-4 ketul
  • 3 ulas bawang putih(tumbuk/ketuk)
  • 3 biji bawang merah(dihiris)
  • perencah sup siap shj
  • daun sup
  • limau nipis
  • cili merah

Cara membuat:
  • Masukkan minyak dan goreng bawang merah hingga garing/naik bau dan toskan.
seterusmya:
  1. Masukkan minyak 3 sudu besar
  2. Masukkan bawang putih,tumis hingga naik bau
  3. masukkan air 2-3 cawan
  4. masukkan ayam
  5. masukkan perencah
  6. setelah mendidih masukkan garam,gula dan secukup rasa
  7. masukkan bawang yang telah digoreng ,daun sup,cili merah dan limau nipis(perahan 1/2)


0 comments:

Post a Comment