AYAM MASAK MERAH BUJANG

 Resepi ayam masak merah ini di olah oleh penulis untuk 3 orang makan sahaja, jumlah ayam digunakan 3-4 ketul saiz biasa


Bahan A : Kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar Holland
  • 2 biji bawang merah
  • 5-7 cili kering
  • 1 ichi halia( tiada pum xpe)
Bahan B: Hiris
  • 1/2 bawang besar holland
  • 1 batang daun sup
  • 1 tomato
Cara Membuat:
  • ayam diperap kunyit dan garam dan Goreng Ayam 3/4 masak
  1. Panaskan minyak lebihan ayam
  2. masukkan bahan A
  3. setelah pecah minyak masukkan sos cili
  4. masukkan ayam yang telah digoreng
  5. masukkan bahan B(kecuali daun sup)
  6. Masukkan garam,gula,secukup rasa.
  7. hidang dan letak daun sup


0 comments:

Post a Comment