NASI GORENG AYAM MADU

 Madu adalah produk semula jadi dari lebah yang berbentuk
seperti larutan gula dan mengandungi sekitar 17.1% air. Kandungan madu sangat
pelbagai, sebab itulah madu juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.



 Kandungan madu tertinggi adalah fruktosa, yang mencapai
38.5%. Kemudian, diikuti oleh glukosa, sekitar 31%. Fruktosa dan glukosa adalah
gula semula jadi yang biasanya terdapat dalam makanan dan minuman.

Bayangkan sahaja ayam panggang bermadu, ia lebih sedap berbanding ayam panggan biasa. Hari ini penulis akan berkongsi resepi nasi goreng ayam madu yang ala kadar semoga bermanfaat.

gambar hanyalah sekadar hiasan


Bahan-bahan:

  • 5-6 cawan nasi putih
  • 200-250 gm isi ayam
  • 3 biji bawang putih(ditumbuk)
  • 3 sudu besar madu
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah
  • garam dan secukup rasa
  • lada hitam
  • minyak masak

cara membuat:
  1. Gaul ayam dengan madu,sos tiram dan pewarna merah selama 1-2 jam
  2. panggan ayam di dalam oven/ketuhar 170 C selama 5 min.
  3. panaskan minyak,tumis  bawang putih
  4. masukkan nasi putih dan gaul hingga sebati
  5. masukkan garam,lada hitam,minyak bijan
  6. setelah digaul boleh dihidang dengan ayam tadi

0 comments:

Post a Comment