KERABU MANGGA

 Pemakanan yang baik adalah penting untuk kesihatan kita dan
dapat membantu kita berasa lebih, namun apakah itu diet yang baik? Selain susu
ibu sebagai makanan untuk bayi, tiada satu pun makanan lain yang mengandungi
semua nutrien penting  diperlukan oleh tubuh
untuk kekal sihat dan berfungsi dengan baik. Atas sebab ini, pemakanan seimbang
haruslah diamalkan dengan mengandungi pelbagai jenis makanan yang berbeza,
untuk membantu badan mendapatkan pelbagai nutrien yang diperlukan.

Salah satu hidangan tempatan yang sihat ialah pelbagai jenis kerabu. Hidangan ini juga ulaman untuk menambahkan lagi selera.


Bahan-bahan:

bahan A(dihiris)

  • 1 kg mangga muda
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 20 biji cili padi
  • 2 btg serai

  • 2 sudu bsr sos ikan
  • sedikit belacan
  • 125 ml santan
  • garam dan gula

  1. satukan mangga dan bahan A
  2. Masukkan santan,sos ikan,garam,gula dan belacan
  3. gaulkan hingga bercampur rata

0 comments:

Post a Comment