SOTONG BERMADU

    Salah satu makanan yang paling digemari dan popular adalah
sotong. Hal ini kerana ianya mudah dimasak, sedap dan boleh dibeli di market pada bila-bila masa
sepanjang tahun. Sotong juga boleh menggantikan lauk-lauk lain seperti telur dan produk daging dalam
makanan harian.





Bahan:
  • 600 gm janggut sotong
  • 250 gm tepung ubi
  • 2 gm serbuk lada putih
  • 4 sudu kecil serbuk stok ayam
  • 1 biji telur
  • garam,gula,secukup rasa
  • minyak masak

Sos:
  • 6 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk stok ayam

Cara Membuatnya:
  1. satukan dan didihkan bahan sos
  2. panaskan sedikit minyak dan goreng sotong hingga separuh masak
  3. masukkan tepung,lada putih,stok ayam dan garam,gaul dan pecahkan telur dan kacau
  4. masukkan semula bahan sos dan kacau

0 comments:

Post a Comment